Makanan yang ryn makan

Assalamualaikum !! *sambil lambai-lambai entri kali nie mungkin panjang sikit lah ye. Saja nak kenalkan diri Ryn dekat korang semua. Ok Let's Get start it !

Nampak tak picture kat atas tu? hah ! tu asal-usul nama "Ryn" hehe. Kalau nak tahu ryn tak banyak makan makanan pelik-pelik. Makanan Seafood ryn paling banyak skip ketam, kerang, sotong, sume tu ryn tak usik sikit pon. Kalau minuman pulak ryn paling "Alert" teh, kopi, nescafe dan adik beradik dorang. Kalau nak jamu minuman dekat ryn jamu air manis or Milo. Air kosong/masak pon ryn tak gemar. Haha lecehkan?

Nampak tak tu? tu TakoYaki makanan dari Jepun. Sekarang ryn suka makanan pelik tu. OIISHI!! *sedap. Tapi ryn tak makan yang inti sotong, makan inti daging kisar. Sedap .. trylah. 

Makanan yang ryn suka makan:
  • Tomyam
  • Spagetti
  • Keropok lekor *hari-hari makan nie kat sekolah
Minuman yang ryn suka:
  • Jus Epal *acik kantin dah tahu dah sampai tak payah order pon die dah tahu. Just bagi je.
Pencuci mulut:
  • Chocalate *mestilahkan?
Senang cerita makanan yang ryn makan semua macam budak-budak tak ada gigi .. hehe. Ryn tak makan SEMUA SAYUR kecuali timun, potato, carrot and bayam. *bayam makan sebab ibu cakap jadi kuat macam popeye. Makanan semua tak pedas-pedas .. hehe



Comments