Recent Blog post

Archive for January 2012

hey, 4 hari ryn tak bukak blog nie. nak tahu sebab ape? haha ryn balik kampung dekat kedah. alah, bukan apa lama tak ke sana. hmm nak tahu apa yang ryn buat masa dekat kedah tu? takkan terperap je dalam rumah, panas tuu ..!

haha ryn bertolak Jumaat malam, sampai rumah tok kira-kira pukul 5.00pagi. hari Sabtu petang pergi tengok orang main layng-layang. haha ryn tak main, tapi ryn tengok je .. haha panas je hati tengok orang dating kat situ. tapi walaupun sekejap, tapi bestlaa ..

-thailand-

-wang kelian, thailand-

hari sabtu dah habis, ahad pulak ! haha ahad ryn pergi Thailand.. magic tak? alang-alang dah sampai Kedah ryn berjalan pergi Wang Kelian, saja jejalan sana !
perh, jauh berjalankan? kene redah Perlis tuu ! haha ..

-padang besar, perlis-

then, pada hari yang sama ryn pergi Padang Besar. dekat sana ryn ber'shopping' gile-gilelah ! tak cukup ibu belanja, mintak jugak dekat abah.. haha ! kan dah dapat 2 baju T. haha .. !

penat-penat berjalan, ryn pon balik hari seterusnya.. pagi Ahad ryn bertolak balik ! bubbye Kedah, and hello Batang kali, ye memang betul rynlahur dekat Kedah tapi kediaman ryn sekarang memang dekat Batang kali ! adios ! tata ! see ya !

jauh-jauh tak kene culik ke?

31 January 2012
0

hai korang,
baru-baru nie ryn ade belajar macam mana nak type dalam bahasa jepun dan korea
acctually, jepun senang sikit CUMA NAK KENE TAHU BAHASA JEPUN JE

oke teruja tak? ke ryn je yang rasa macam tu ? haha
kalau nak jom ikut step nie

STEP 1
  • first, korang kene tekan butang 'start'
  • pastu 'control panel' > 'region' > 'region and setting' > 'keyboard and lagguage' > 'change keyboard'

    STEP 2
  • tekan 'add' (lihat gambar)
  • pilih bahasa jepun dan klik apa yang patut (lihat gambar) dan klik 'ok'

STEP 3
  • lepastu korang tengok dekat 'toolbar' korang
  • lepas tu korang klik dekat 'EN' tu dan buat macam nie (lihat gambar)
    • STEP BONUS: kalau korang tak ada 'EN' tu korang ikut step nie (kalau dah ada skip STEP BONUS nie)
    • kemudian klik dekat huruf 'A' (bagi bahasa jepun) dan klik 'HIRAGANA'
    • kalau toolbar korang jadi macam nie maknanya korang dah berjaya ! tahniah ryn ucapkan !
    oke kalau nak tukar bahasa KOREA
    korang just tukar STEP 2 tu
    korang kenalah pilih bahasa korea, jangan pulak pilih bahasa jepun
    kalau nak pilih dua-dua pun boleh

    TAPI
    KALAU NAK YANG BAHASA KOREA NIE SUSAH SIKIT KORANG KENA HAFAL KEDUDUKAN HURUF KOREA NIE (LIHAT GAMBAR) ATAU KLIK SINI UNTUK TENGOK KEYBOARD TU
    jadi, jangan lupa kalau dah jadi bagitahu ryn
    kalau tak jadi tanyalah ryn ..





    menulis jepun, korea, dan sebagainya dalam komputer

    26 January 2012
    9
    assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
    hey korang nak tahu stak tadi ryn makan taufu telur.. lama tak makan bende tu. haha
    korang pernah makan tak? yum yum

    oke oke korang nak tahu tak adik ryn ada bele udang,
    pastukan .. kan .. kan
    (tengok gambar pon daa tahu)
    apa tu?
    haha .. surprise ! udang tu betina rupanya.. die dah bertelur ... kui kui
    alaa yang kuning bulat-bulat tulah telur die .. fuhhh

    tak tahulah jadi ke tak sekejap mak die keluarkan sekejap masukkan
    entah apa, ryn tak tahu apa yang die buat .. maybe macam tu kot kehidupan die.. haha
    ok bye !





    perh... bertelur lak die

    24 January 2012
    2
    selamat tengahari semua
    korang sihat? amboi cuti sekolah nie tak ke mana ke?

    semperna raya cina nie sekolah ryn bagi cuti seminggu,
    however, time abah ryn balik kerja die bawak 1kotak + 1plastik buah limau
    sebab tu ryn namakan entri kali nie
    ''sukanya tauke limau''
    nak tengok? hah nie bawah nie hah !
    sakannya ...

    haha lawak laa, ryn tengok tauke tu pon dah macam limau...

    ryn tanya dekat bebudak cina dalam kelas ryn,
    dieorang kata pun dekat rumah dieorang tak beli lagi limau.
    tapi rumah ryn dah nak busuk dah .. *tipu je
    mengalah orang cina .. ish ish ish

    malangnya ryn tak gemar sangat limau nie .. huhu
    =.= !







    sukanya tauke limau

    22 January 2012
    0
    entri kali nie ryn rasa nak tergelaklah
    haha biasalah, ryn nie selalu lambat buat entri
    bende dah tamat tempoh barulah nak buat entri haha.

    nak tahu cuti tahun lepas ryn buat ape?
    haha nie lah die ...

    SEBELUM

    PRA-SELEPAS

    SELEPAS/ AKHIRNYA

    BERKOMIK SEKEJAP =)
    haha lawak ke?
    bagi ryn muka cartoon tu je lawak .. haha

    ape-ape pon kalau sapa nak tengok lukisan ryn yang masuk page 'buku epop'
    KLIK SINI (bukan churp2 klik je jangan takut-takut)
    :128:






    nak tahu cuti tahun lepas ryn buat ape?

    18 January 2012
    2
    assalamualaikum,
    nampak tak gambar ape nie?
    raksasa ape tu? binatang ape tu? toyol mane nie =.=

    haha acctually, tu raksasa
    tahun nie ryn jadi ketua keceriaan lagi, aduh 3tahun dah ryn buat kerja nie. mula-mula ryn dah tolak cadangan cikgu tapi ... hmm lain lak jadinya ..

    ryn buat jadual bertugas kali nie bermotif 'raksasa'
    nanti nak buat tema 'ultraman' pulak .. haha *gurau je

    siapa dekat sini jadi 'ketua keceriaan jugak?
    senasib dengan ryn .. haha
    jom tinggalkan komen yokk ..






    ketua keceriaan : hyun ryn

    16 January 2012
    0
    salam sajahtera semua ryn hope korang sihat aje
    arhhh ! letihnya kaki ryn nie
    percuma dengan sakit kepala kene berjemur tangah panas

    tulah demam tapi degil jugak nak merentas desa
    hah ! ambik, padang muka!

    pape pon korang-korang
    ryn nak bagi tahu ryn dapat 1markah untuk rumah sukan ryn
    walaupun ryn tak dapat nombor 1-20 tapi ryn dapat 1markah
    kira baguslah tu yang mana dapat 1markah (macam ryn) tu kira saki - baki nombor 21 - 30

    haha rasa bangga kejap
    bayangkanlah dalam 3000+ ajar dalam sekolah ryn tu
    (tibai je tak ingat jumlah keseluruhan)
    haha


    persoalannya?
    kenapa ryn dapat 2 nombor?
    haha lawak bila ingat balik, ada ke patut akak yang bagi nombor nie bagi ryn nombor 'menengah rendah' ! hey dulu ye la ...
    tahun nie ryn dah 16 tahun lah hmmm ...

    cepat - cepat ryn pergi tukar
    nasib baik sempat .. cuak 5 minit .. haha

    haha sejujurnya memang penatlah merentas desa semalam
    bangun pagi nie rasa lenguh lagi kaki nie sampai sekarang tak lega lagi .. haha

    alhamdulillah
    pening dah oke la..
    hey korang macam mana? dapat nombor berapa?



    hari merentas desa buat ryn cuak

    14 January 2012
    0
    selamat malam semua
    korang sihat? ryn tak sihat ape degil masih nak update entri.

    dalam nak dekat demam boleh pulak pergi merentas desa
    huh sekarang padan muka dah pening + berhingus + letih
    *iuueee berhingus =.= haha

    oke tengok dah lari dari 'title entry' nie
    kalau korang nak tahu

    ryn guna bahasa
    'KITA : SAYA'
    'AWAK : AWAK'

    macam mana tu .. haha
    ibu ryn memang biasakan ryn dari kecik lagi guna bahasa nie
    alah bukannya ryn baik sangat sebab guna bahasa macam nie gaya

    kalau awak kita dalam bahasa inggeris I + U kan?
    bukan ke romentik?

    kepada sesape yang selama nie perli ryn gunakan bahasa macam nie gaya
    silalah fikir dulu bertapa romentiknya bahasa ryn gunakan sepanjang hidup ryn .. haha

    ada jugak yang kurang selesa bila ryn cakap dengan bahasa nie
    sampai tak nak kawan, OKEY FINE!
    ryn sayang ibu ryn sebab tu ryn masih gunakan bahasa nie..
    p/s: jangan terasa dengan entri nie, jangan ambik hati just ambik isi je .. hoho







    kite awak

    13 January 2012
    0
    assalamualaikum
    and hi bro !

    hehe esok ryn ada larian merentas desa
    tapi rasa macam nak demamlah pulak

    nombor larian tak ambik tadi
    orang lain dah ambik ryn tak ambik
    tulah malas lagi nak bangun
    padan muka ryn... oh man !

    penatla rasa macam taknak pergi esok
    pening + penat
    semua penyakit time la nak datang

    silap-silap esok DEMAM
    jemm ! banyak kerjalah nak kene buat esok
    SICK, SICK GO AWAY COME AGAIN ANOTHER DAY !!

    • nak tips larian? menang merentas desa? KLIK SINI






    esok merentas desa

    12 January 2012
    0

    assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
    fuh dua tiga hari nie ryn asyik dapat banyak kerja sekolah je
    tak ada masa nak buat entri

    entri yang nie pun dah kira lambat sehari
    tak apa tak apa
    ryn nak bagitahu nie semalam birthday abah ryn
    so, selalunya ryn buat 'handmade card'
    maklumlah 'churp-churp' tak beranakkan duit lagi ... haha

    tapi kali nie ryn nak buat kelainan
    ryn bagi video pulak
    nak tangok? klik tu ha dekat bawah tu .. haha jangan gelak tau .. hoho








    9.1.2012 - happy birthday abah

    10 January 2012
    2
    hai huhu nie tip tangah malam
    nak tahu macam mana nak berkilatkan kuku tanpa gunakan 'pengilat kuku'
    tapi nie cara trandisional kot.. haha

    tengok gambar nie berkilat tak kuku die? haha nak jugak?
    jom baca entri nie
    yey !

    • firstly, korang carik bahan nie *lihat gambar
    pelik? apa tu?
    BATU SUNGAI LAA
    hah carik yang macam tu cepat !!!

    • then korang gengserkan kedua-dua batu tu sampai keluar serdak-serdak die tu
    • ambik serdak tu
    • gosokkan pada jari lama-lama
    • gosok lagi
    • gosok lagi
    • makin lama makin berkilat

    dah jangan lama sangat rosak kuku kang
    JADI?
    tak jadi try sampai jadi

    tinggalkan komen kalau jadi
    tak ada batu sungai?
    beli dari ryn 2 singgit

    *GURAU JE
    pergilah cari sendiri








    kuku berkilat tanpa pengilat kuku

    08 January 2012
    3
    gambar nie takde kene mengena .. haha

    assalamualaikum
    macam mana hari persekolahan korang? oke?

    tahun nie ryn naik form4 jadi penentuan kelas baru dapat tahu hari nie
    jeng jeng jeng
    ryn masuk kelas yang tak seberapa je..
    4 SP (sains pertanian)

    tapi cikgu kata nak tukar kelas kene buat permohonan
    ryn nak masuk kelas 4T1 (teknologi) dalam kelas tu ada ICT

    alhamdulillah ryn memang rasa boleh bawak aliran ICT tu,
    besok ryn nak buat permohonan hope dapatlah

    lagipun dalam kelas tu ada kawan-kawan
    kalau cikgu tak bagi ryn nak tunjuk buktilah bahawa 'Blog' nie akan memjadi bukti
    haha ?! gila kuasanya!

    alahai nie sebab ryn berminat sangat
    selain aliran ICT dalam kelas tu dapat ambik aliran Perdagangan
    nie lagi satu sebab ryn nak sangat
    kalau nak tahu ryn memang suka berniaga.
    haha








    entri hari pertama sekolah

    04 January 2012
    0
    selamat apa-apa aje semua
    kalau nak tahu ryn sebenarnya dah berbelogging selama 3tahun + 2012 nie
    anniversary blog nie pada bulan Noverber

    tapi disebabkan ryn jenis tak ambik peduli
    ryn tak sambut pon hari anniversary blog nie tahun lepas

    maaf ye blog !! haha
    tapi soalanya kenapa entri dalam blog nue sikit?
    tak padan dengan 3tahun?

    itulah pasal
    masa mula-mula buat blog (2010)
    ryn tak pandai lagi maklumlah masa tu baru form2

    form2 tu mude lagi ke?
    haha *merepek

    jadi entri-entri ryn pada 2010 semua dah padam
    entah apa-apa yang ryn post

    buat malu je..
    haha orang ada blog ryn pon nak blog tapi tak tahu guna
    haha

    *lawak bila pikir







    3tahun berbelogging tapi ..

    02 January 2012
    2

    Copyright © Hijab Cosplay Capries Ryn