MarchApril's Story


Deeply inhale and exhale.
Let's start with happy news. On, 26 March, it's Thursday and it's my birthday.
Big thanks for all of my friends who did wish for my birthday. Terima kasih juga yang bagi hadiah untuk Ryn. 

Thanks for Kain dari Ibu, Beg dari Aniqah, Snowglob dari Nodoka, Baju dari Syuu, Komik dari Reyza.
And.... Pikachu Kigurumi form Arwah Abah.

Yup Arwah Abah. Back to 23March, Monday. Ryn terpaksa balik Selangor. Pada mulanya planning nak balik lepas birthday iaitu hari Jumaat, sebab ryn pernah cakap dalam whatsapp group keluarga kami,. "Kaklong nak clain kek, sebab tahun lepas abah tak bagi kek."

Nope. Ryn terpaksa balik, ponteng kelas, lepas dapat panggilan dari 'Ayah Muaz' a.k.a kawan se-surau abah and Muaz tu kawan adik Ryn. Die cakap "Tak balik ke? ayah kamu masuk ICU".. time nie Ryn dekat Summit. Teman Sara tengok baju. Ryn mmg tahu abah masuk hospital, whatsapp dari adik Ryn. Ryn ada balas. Tapi dorang senyap ja. Ryn pikir abah cuma masukkan gas je. For me, biasa la tu..... tapi rupanya ICU. Trkejut la time tu!!! 

Lepas tahu, terus balik asrama, mandi, patah balik ke Terminal. Beli tiket terus balik. Tak pikir dah sama teman. Membuta terus balik. Sebab dapat tahu adik-adik tinggal memalam tanpa org dewasa kat rumah. Tak makan. Ibu and abah tak pernah tinggal dorang malam, kalau dorang tak balik kalau tak ada Ryn.

Sampai ja Batang Kali, selalu abah yang jemput Ryn. Tapi kali nie Ryn terpaksa naik kereta sapu. RM5 untuk 2km. Selalunya Ryn lebih rela jalan kaki 2km malam malam dari kena bayar RM5 untuk 2km. Abah masih tak sedar, ibu suruh balik asrama pada hari Sabtu tu, sebab Ahad dah mula kelas. So, Ryn dengan adik 'krikk krikk' ja birthday tahun nie.

7 April 2015 pukul 10.15p.m. Abah dah takda. Abah dah hembuskan nafas terakhir.
Sebelum dapat tahu, 1Hari sebelum tu Ryn demam. Rasa sangat2 rindu abah... rasa macam nak pelukkkkkkkkkkkkkkkkk sangat abah. Ryn ada telefon ibu, mintak balik. Walaupon ibu baru cerita abah tak sedar balik lepas 2hari terjaga. Ibu sempat sembang, ibu cakap..

"Lapar tak?" Abah tak boleh jawab, abah angguk ja.
Mata abah kaburkabur..

"Abang alif and amir ada kat sini, afiq, akmal, adeeb kat luar, tak boleh masuk, sebab kecik lagi, Kaklong (Ryn) pergi sekolah"
Abah sebak kata ibu...
Saaaakit sangat ryn dengar ibu cerita balik, rasa macam bersalah balik asrama.

Telefon Ryn rosak masa 7April tu.
Ibu dah tahu, Malam tu ryn lepak sembang-sembang dekat bilik depan dengan Aniqah and Syuu.
Lepas tu masuk balik dalam bilik ryn, konon nak practice pingpong, 
Budak-budak bilik sebelah datang kelam-kabut, ada yang kata "Nama awak Putri Nasuha kan?" ada yang kata " Tak .. tak sampai nak bagitahu"

Masa tu ryn rasa macam nak jatuh ke belakang, ryn dah dapat agak, mati mati ryn nangis mintak dorang cakap.. tak.. dorang tetap senyap.
Tak lama tu, Warden naik, die kata "Sabar ya Nasuha"
Ibu pon cakap "Bapak sedara kamu telefon tadi, die kata abah dah takda pukol 10.15p.m.
Ryn meraung gila gila! Sebab ryn teringat die janji....

-Nak bawak ryn pulak pergi Goldcost sebab hari tu die bwak family tanpa ryn.
-Dia kumpul duit dari awal tahun, setiap hari RM50. Sebab die kata nak bawak kami pergi Langkawi.

Sangat-sangat ujian masa tu, Kigurumi Pikachu tu pon abah tak sempat tengok sebenarnye, abah cuma cakap kat ibu, nanti abah bayar untuk kigurumi tu.



Post a Comment

0 Comments