Recent Blog post

Archive for 2012

Konichiwa, watashi no namae putri nasuha. Saje nak belit-belitkan lidah korang. 22.12.2012 ryn join event Comic Fiesta yang berlangsung di KLCC. Semangat bangun pagi naik KTM pukol 8pagi. Agak bataklah First time berdikari, naik LRT bagai. haha. 

*pakaian sebelum sampai sana*
*tadaa !! cosplayer da ryn .. haha*
kalau nak tanya seronok ke tak, mestilah ryn jawap seronok giler giler. Ryn dapat kawan dekat sana. Tu hah yang pakai wig colour pink tu. Comelkan? pangkat akak tu ^^
 First time masuk ada sorang photographer nie ask ryn "Can I take your picture" gitu. Mula-mula pelik la, but anyways always have first step kan? Ok kan je la. Last-last baru tahu memang nie la kerja cosplayer rupanye, shooting bagai modelling. Bagai nak rak posing depan berpuluh-puluh photographer.Posing macam ranting kayu pon jadilah .. first time la katakan.

 Time nak beratur beli tiket mengambil masa 2jam berpusing-pusing macam ular kat barisan tu. Semangat punya pasal nak join event nie.
 *comelkan awek cina sebelah ryn nie*
she wearing as hatsune miku sakura version.
Pernah baca komik "lawak kampus" tak? tradada !! gambar atas nie ryn tengah beratur ambik autograf Keith. Gambar bawah nie pulak autograf Kaoru iaitu pengarang komik "Maid Maiden". Jeles tak?


  Berpusing-pusing dalam Hall tu, rambang mata ryn carik yang terbaik. Ini je yang ryn dapat rembat. Rasa rugi tak beli banyak-banyak. Padah berjimat hati tak puas shopping. Sekarang nie tengah mencari dalam mana-mana web kot kot ade terselit gambar ryn .. haha.
. bye .


Comic Fiesta 2012

25 December 2012
8
Oyasuminasai semua kawan-kawan. 3hari lepas ibu ryn masuk Hospital Kuala Kubu Bharu. Semalam 17.12.2012 ibu ryn dah melahirkan dengan selamatnya adik ryn yang ke5 nie. Ramaikan adik ryn? hehe Bertambahlah hero dalam rumah ryn nie. Ryn sorang je lah anak perempuan nampak gayanya. Tak apalah, Allah S.W.T maha adil kan?

 comel tak?
 Akmal melihat satu-satunya adik dia.

Tak langsung jugak hari kelahiran adik baru ryn tu sama tarikh kelahiran adik ryn yang ke 3 nie. Selamat Hari Jadi Afiq Akasha, kaklong sayang afiq, walaupun degil macam Randy Orton.



kesian die potong kek kat belakang kereta je. time nie nak cepat-cepat cut kasi ibu rasa sikit.




Askar makin bertambah

19 December 2012
4
Assalamualaikum !! *sambil lambai-lambai entri kali nie mungkin panjang sikit lah ye. Saja nak kenalkan diri Ryn dekat korang semua. Ok Let's Get start it !

Nampak tak picture kat atas tu? hah ! tu asal-usul nama "Ryn" hehe. Kalau nak tahu ryn tak banyak makan makanan pelik-pelik. Makanan Seafood ryn paling banyak skip ketam, kerang, sotong, sume tu ryn tak usik sikit pon. Kalau minuman pulak ryn paling "Alert" teh, kopi, nescafe dan adik beradik dorang. Kalau nak jamu minuman dekat ryn jamu air manis or Milo. Air kosong/masak pon ryn tak gemar. Haha lecehkan?

Nampak tak tu? tu TakoYaki makanan dari Jepun. Sekarang ryn suka makanan pelik tu. OIISHI!! *sedap. Tapi ryn tak makan yang inti sotong, makan inti daging kisar. Sedap .. trylah. 

Makanan yang ryn suka makan:
  • Tomyam
  • Spagetti
  • Keropok lekor *hari-hari makan nie kat sekolah
Minuman yang ryn suka:
  • Jus Epal *acik kantin dah tahu dah sampai tak payah order pon die dah tahu. Just bagi je.
Pencuci mulut:
  • Chocalate *mestilahkan?
Senang cerita makanan yang ryn makan semua macam budak-budak tak ada gigi .. hehe. Ryn tak makan SEMUA SAYUR kecuali timun, potato, carrot and bayam. *bayam makan sebab ibu cakap jadi kuat macam popeye. Makanan semua tak pedas-pedas .. hehe



Makanan yang ryn makan

11 December 2012
0
Hai Hello Hoi !! lebih sopan lagi, Assalamualaikum. Penat berjalan semalam, dari pagi punyalah semangat nak pergi Antara Gapi. Bukan apa, trip pergi Gapi sebab nak jumpa 2orang bestie ryn nie. Adlah dengan Nadia.


 Gambar atas nie, gambar ryn bersama Nadia. Rumah yang kat belakang tu, rumah Adlah. Sorrylah Adlah, sebab tak snap pic dengan awak, awak tahu kenapakan? hehe ok ok back to topic.

 Ok, nie body guard ryn. ngee~ adik ryn yang lahir sama tarikh dengan ryn 26 March. Nama die? Amir Asmara Dana.

Apa-apa pun, alang-alang dah menaip. Ryn nak bagi tahu Tok ryn yang kat alor setar tu masuk TV hari nie dalam TV3 al-hijrah. Yang ryn bulat tulah Grandma ryn .. hehe



mKbye !



letihnya mendaki Antara Gapi, Panorama Alam Tropika

08 December 2012
4
Assalamualaikum umat islam, dan selamat sejahtera yang bukan islam. Cuti 2012 nie korang bercuti ke mana? Yang tak berjalan ke mana tu tak pe lah. Mungkin lain tahun. Alhamdulillah ryn baru je balik dari Melaka semalam. Letih badan tak hilang lagi. hehe 

#muka bangun subuh nak bertolak ke Melaka

Ryn malas nak cerita panjang, nanti tak ada yang nak baca pulakkan? Ada lebih baik ryn buat jadual tersusun. 

1 december 2012

7:30 pagi - bertolak dari rumah
8:30 pagi - breakfast di Restoran Leha Kelfood


11:30 tghari - berhenti di R & R Ayer Keroh
11:50 tghari - sampai ke tol Ayer Keroh
12:30 tghari - tibe di Bandar Hilir Melaka












3:00 petang - makan petang di kedai berdekatan "Kota Afamosa"
5:00 petang - shooping di Mahkota Perit Parade

 #amir buat muka serius
 #gundam . alangkah bagus kalau tokey tu bagi satu



6:30 petang - destinasi seterusnya ke Pucong
10:50 malam - sampai di rumah peginapan

 #anak patung gajah orang tu adik oii

2 december 2012

1:00 petang - checkout dari  Desa Idaman (rumah penginapan)


 #depa buat muka dahh







#gambar terakhir dalam rumah nie

2:10 petang - berhenti sebentar bersama kitkat di Restoran Jejantas (Plus Jejantas)


#konon bergambar dengan Messi lah .. haha

3:15 petang - singgah Aeon Rawang



#bedebuk kene tumbuk

5:28 petang - sampailah ke Rumahku Syurgaku
It's all for today entry, penatkan tengok trip kali nie? haha

2012 Trip (Melaka)

04 December 2012
3

Copyright © Hijab Cosplay Capries Ryn